Sunday, December 27, 2015

Terus Istiqamah..

Nama Roti Arab Ipoh Syahdu adalah nama komesial yang terbit daripada kesyahduan roti arab digabungkan dengan kesyahduan suasana bandar Ipoh.

Ada juga beberapa nama yang dicadangkan sebelum itu antaranya iaitu, Roti Arab Gedebab, Roti Arab Gebu, Roti Arab Gedempoi dan sebagainya.  Tetapi Roti Arab Ipoh Syahdu yang menjadi pilihan.

Promosi pertama dalam memperkenalkan RAIS ini bermula di Tenby School Taman Meru menumpang kepada Booth Kucingshoppe di dalam program animal's adoption yang mana ketika itu RAIS menawarkan rasa secara percuma kepada pengunjung di situ.

Sambutan kurang menggalakkan kerana kurangnya pengunjung ke situ.  Tetapi RAIS tetap terus istiqamah untuk berkongsi rasa syahdu roti arab yang syahdu pabila dikunyah dan seterusnya memperkenalkan Ipoh sebagai hub makanan halal yang unik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment